NADI - ESUKAN : Sains Sukan | Fizikal & Pemulihan – Jaga Badan, Jaga Prestasi
5 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini4 Oktober 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengadakan kelas kesedaran Sains Sukan : Fizikal & Pemulihan –Jaga Badan, Jaga Prestasi. Kelas ini bermula pada jam 3.30 petang. Seramai 2 orang peserta terlibat dalam kelas ini.
Objektif bagi pembelajaran ini menekankan kepentingan menjaga kesihatan fizikal dalam kalangan pemain e-sukan dan individu aktif. Pelajar diharapkan dapat memahami kesan gaya hidup tidak aktif terhadap tubuh badan, sekali gus mengamalkan langkah pencegahan melalui senaman ringan bagi mengekalkan kekuatan otot dan sendi. Selain itu, pengetahuan mengenai posisi duduk ergonomik yang betul ketika bermain juga ditekankan bagi mengelakkan kecederaan jangka panjang. Pelajar turut digalakkan untuk mengamalkan rutin pemulihan selepas sesi latihan atau pertandingan agar tubuh lebih cepat pulih dan bersedia untuk prestasi seterusnya.
Akhir sekali, kesedaran tentang kepentingan keseimbangan antara masa bermain, waktu rehat, dan aktiviti fizikal perlu dipupuk bagi memastikan tahap kesihatan serta prestasi sentiasa berada pada tahap optimum.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: